Thursday, December 29, 2011

NAMASTE

Fuhhh, tajuk bukan main lagi punya hindustan. Siapa yang tak faham apa 'namaste' tu, Google Translate dah siap menunggu yek. Eh eh, apa mimpi lah tetiba nak cerita pasal hindustan ni, mesti ada yang tertanya-tanya kan? Well, demam hindustan dah melanda wehhh. Sebenarnya, dari kecik-kecik dulu aku memang dah disajikan (cewahh) dengan filem-filem hindustan ni. Aku ingat lagi filem feberet aku dulu, filem Mann (ehem). Siap ada vcd lagi tu. Boleh dikatakan waktu ni, semua tarian, dengan lirik-lirik dia aku hafal. Tapi sedih gila lah sekarang ni tak tahu vcd tu dah menyorok kat mana. Sayang wooo :'(



Dulu aku hafal kot lirik dia, tapi sekarang err ikut melodi je tahu lah.


Sebenarnya banyak lagi filem hindustan feberet aku. Terlampau banyak. Lebih banyak dari filem melayu mahupun omputih.

Antara yang terbaik dari ladang ternak :
  • Mann
Air mata tak kering tengok movie ni. Sedih sangat. Aamir Khan tetap terbaik. Rindu nak tengok movie ni balik. Oh cakera padat ku, tolong lah munculkan diri.
  • 3 Idiots
Phunsukh Wangdu, Ranchoddas Shamaldas Chanchad, Chote. Semua ni orang yang sama. Lawak dia cehh tak tahan kot. Seingat aku lah kan, dah 5 kali kot aku tengok. Sumpah tak bosan. Scene paling best dalam movie ni masa Rancho pujuk Raju bangun dari koma. And masa Virus naik basikal. Kehkeh lawak kot. Papehal, Aamir Khan memang handsome walaupun ketinggian dia tak berapa boleh nak dibanggakan, yelah dia dengan Kareena Kapoor pun dia kalah. Pfftt -.-




  • Taare Zameen Par
Sekali lagi Aamir Khan! Cehh, peminat tegar Aamir Khan betul. Movie ni agak sedih, banyak pengajaran, dan paling penting takda kisah cintan-cintun. Cool! Budak kecik dalam cerita ni nama dia Ishaan, perghhh nakal yang teramat, tak tahan aku. Hahaha. Tapi kesian dia, dia ada penyakit yang semua orang tak tahu termasuk dia (nama pun budak kecik, mana tau apa).




  • Jab We Met
Ni Shahid Kapoor punya cerita pulak. Tak berapa ingat ah jalan cerita dia, tapi aku tau cerita ni memang awesome. Part sedih tu memang tak terlepas lah dari filem hindustan ni.


      • Kal Ho Na Ho
      Lagu dia weh, lagu dia weh. Merdu. Bhahaha. Pernah jadik ringtone phone aku tu. Cerita ni pun tak berapa nak ingat, tapi takpa, esok 31 Disember 2011 pukul 2 petang boleh tengok kat tv3. Yeah!





      • Black
      Cerita pasal seorang budak perempuan yang buta and bisu, dididik oleh seorang cikgu yang err mungkin terlampau garang, kot. Hati kebal sekebal kereta kebal untuk siapa yang tak menaglir air mata langsung.
      • Veer Zaara (gahaha nama gua)
      • Kuch Kuch Hota Hai
      • Dil To Pagal Hai
      • Kabhi Khushi Kabhi Gham
      • Mohabbatein
      • Koi Mil Gaya

      Okay, ni pulak antara yang best dengar katanya, tapi tak sempat lagi nak tengok :
      • Slumdog Millionare
      • Om Shanti Om
      • Ra One

      ♥ ZARA LAH ♥