Konvoi 8 kereta pepagi buta
Jauh jugak sebenarnya kalau nak ke broga ni, aku ingatkan dekat je dari Kajang. Hajimete des kara (first time lah katakan). Masuk broga ni free je, cuma kena bayar tiket parking tak ingat la berapa ringgit, sebab time tu dah eksaited sangat nak panjat broga kah kah. Memula ingatkan tak ramai yang datang broga pukul 5 pagi ni, sekali tu ha amik kau beduyun-duyun orang datang.
Yang lawaknya bila aku mintak tolong momel parkingkan kereta aku, sebab err aku fail sikit bab parking memarking ni. Kalau drive pergi Tesco tu, aku akan park paling jauh dengan pintu masuk sebab situ confirm tak banyak kereta park, so kalau aku ter-conquer dua parking lot pun, orang takda ah bising sangat. Ok sila ketawa.
Bila semua dah berkumpul tengah alam, siap siap pakai kasut sukan, briefing sikit dari master cheng (dia pernah naik broga), ambil gambar kenangan ramai-ramai bawah cahaya bulan, kunci kereta, masukkan roti air semua dalam beg, apa lagi, shimashou (jom) lah kepuncakkekita.
Best feeling ever aku cakap journey kali ni, sebab apa nak tau tak sebab apa. Sebab semua orang TAK WARM UP. Lepas briefing tu, semua orang main redah je naik bukit tak fikir apa. Mula-mula tu aku tak perasan pun yang kitorang tak buat warm up, lama-lama bila dah semput tu baru sedar "weh, kenapa kita tak warm up?", sambil menangis dalam hati tanda penyesalan.
Bila dah balik dari broga tu baru aku tahu sebab musabab diorang tak warm up. Rupanya, time tu masa dah lambat sangat, timing lari, itu yang budak lelaki main redah je naik bukit, kemain laju je panjat. Time tu nak nangis aku pandang dari bawah. Tambah-tambah lagi bila bebudak laki ni semua dah fit, hari-hari turun futsal, stamina banyak. Yang perempuan? #take a moment of silence please
Awal-awal pendakian tu seronok lah jugak, masih sempat untuk bersembang, berceria amik gambar, bergelak ketawa. Bila dah separuh jalan tu, ha baru kau tau erti penyesalan yang teramat bila tak buat warm up. Dengan keadaan yang gelap gelita eventhough time tu bulan penuh, cuma bergantung dengan bantuan torchlight phone/powerbank. Itu pun kalau battery banyak, kalau tak, tak menyempat lah nak selfie atas puncak nanti. Eh kantoi hahahaha





