Monday, March 17, 2014

Brogagaga


7 Mac 2014, 12.49pm
Waktu di mana makcik-makcik ktj06 tengah sibuk lunch dekat wira sejati lepas habis kaiwa, atau istilah yg lebih gembira adalah 'lepas final sem dua'. 

Eceh. Sepatutnya perancangan awal, petang nya tu nak kekayakkkekita, tapi taktau mana datang idea gila nak menyibuk plan budak lelaki yang dah dirancang seminggu sebelum. Ingatkan takde siapa nak join, ye ah tetiba je plan last minute, pergi broga pagi buta pulak tu, ish kerja gila ni! Eh, sekali tu haa amik kau berduyun-duyun yang nak join plan ni. 

Apa lagi, lepas keluar wira sejati, balik akasia duduk meja kayu belakang pondok guard, buat meeting tergempar. Paling mencabar kesabaran tu bila terpaksa call berpuluh (eh yeke) orang yg sewa kereta tu tapi habuk pun tarak ada. Last-last tu nasib baik jumpa jugak, itu pun nasib baik eez tak putus asa awal call depa-depa ni.


Satu hal setel, hal lain datang pulak. Mintak permission parents. Hah. Ini kerja paling payah sekali dua kali tiga kali. Eh mengarut. Sedih la jugak sebenarnya ramai tak dapat ikut sebab parents tak bagi. Yela, siapa tak risau anak dara dia tetiba nak panjat bukit 3, 4 pagi. Baru bagitau pulak tu. Tokojot omak!

So, bincang punya bincang, settle punya settle, malam tu around pukul 10, bergeraklah kami bersepuluh orang perempuan ayu cantik jelita.........(sila isi sendiri) ke rumah iffah kat bangi. Bersyukur jugaklah bila mak iffah bagi permission untuk stay rumah diorang walaupun untuk beberapa jam, at least dapat lah jugak take a nap, recharge energy untuk panjat bukit pagi tu. Arigatou makcik!



Dalam pukul 3 pagi macam tu, tengah seronok tidur tu, tetiba izwan whatsapp suruh kumpul dekat ramal junction sebelah sekolah maahad kajang. Ha apa lagi, bergerak lah kami bersepuluh orang perempuan mamai sakai selebet jelita.........(sila isi sendiri) masuk dalam kereta. 

Perempuan cuma guna dua kereta je, yelah sepuluh orang je pun. Satu tu guna kereta iffah, satu lagi kereta viva sewa. Sewa separuh hari cuma rm50. Saja bagitau. Oh, kereta tu pun aku yang drive ke broga. Saja bagitau lagi. Taknak baca takpa. Tapi dah terbaca dah pun kan? Hehe

Kisah satu

Waktu on the way nak jumpa budak boys tu, ada sekali tu dekat traffic light bandar kajang ni kitorang terbehenti sebelah kereta buruk (!!!) mamat mana tah dengan member dia. Sekali pandang macam indon. Dua kali pandang macam....eh aku pandang sekali je! Bila lampu isyarat tu dah hijau, kereta buruk tu jalan depan kitorang. Tapi, makin lama makin slow..... Time tu, serious aku dah tak sedap hati. Tapi, peduli apa sebab yang penting nak jumpa budak boys.

Bila aku dah fed up sangat diorang bawak slow, apa lagi aku pun potong lah. Eh, sekali tu tau apa kereta buruk tu buat? Dia kejar kereta kitorang acah-acah nak langgar kereta kitorang. Time tu aku tengok cermin pandang belakang, kereta tu sikit lagi nak cium belakang kereta kitorang. 

Ya Allah, serious tak tau nak buat apa time tu, dah lah aku yang drive. Tanggungjawab aku atas penumpang-penumpang ni untuk selamatkan keadaan. Nasib baik time tu ada stesen minyak sebelah highway tu, apa lagi, kitorang belok yang memang drift habis masuk stesen minyak tu. Tapi lebih menyeramkan bila stesen minyak tu kosong. Takda orang langsung. Bahaya gila kalau berhenti sini. 

Nasib baik lagi sekali bila sebelah stesen minyak tu ada kedai mamak. Kedai mamak yang ramai orang! Apa lagi, aku belok masuk lorong kedai mamak tu dan BERHENTI. Berhentikan kereta tengah-tengah jalan. Gila tak gila aku tak peduli. Kereta ORANG GILA tu tahu pulak cuak sebab dia tak belok masuk ikut kereta aku. Dia blah. Time tu perasaan lega tu tak tahu ah nak express camana. Kereta iffah kat belakang pun follow je ke mana aku belok.

Bila dah lega sekejap dua tiga minit, buat u-turn masuk balik highway. Time masuk highway tu, ya ampun terserempak lagi dengan kereta ORANG GILA tu, tapi nasib baik dia ke arah bertentangan. Time tu, aku suruh putri whatsapp iffah, kita drift habis jom, takut ORANG GILA tu u-turn dan kejar kitorang lagi.

Apa lagi, pecut habis ah! Tapi kesian iffah tertinggal kat belakang kejap. Drift punya laju, Alhamdulillah selamat jugak sampai dekat budak boys. Time sampai tu, terkejut jugak ah tengok berderet 6 kereta beratur tepi jalan. 


Menyempat bergambar tepi highway


Time kitorang (the ladies ecewah) sampai ni around pukul 4 pagi, sebenarnya dah lari dari timing yang diorang (boys) plan. Tapi nak buat lagu mana lagi, kita teruskan je lah journey ni walau dah lambat.

*** continued to part 2 ***

♥ ZARA LAH ♥